Memilih Kaca Mata

TIP MEMILIH KACA MATA YANG SESUAI

BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan kaca mata.

Namun, apabila bercakap tentang kaca mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan kaca  mata. Bagi mereka, memakai kaca mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana kaca mata sering dijadikan ‘efek helah’ untuk ‘menghodohkan’ wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa kaca mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan ‘bantuan penglihatan’ ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, kaca mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai kaca mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih kaca mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai kaca mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.

Kepala bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih kaca mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai kaca mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Kepala petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai kaca mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh ‘melembutkan’ sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk kaca mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih kaca mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu be

Kepala segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih kaca mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Kepala bentuk hati

Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk kaca mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih kaca mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai kaca mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih kaca mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa kaca mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai kaca mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya ‘berapa kuasa kaca mata anda?’

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan kaca mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian kaca mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Kaca mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

http://www.sharilrouth.com/ – notty by nature life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: