SELAMAT DATANG KE BLOG KACA MATA

Ape yang perlu anda tahu tentang kaca mata??? Semua nya akan terjawab di sini…Saya telah sediakan banyak info mengenai kaca mata yang sesuai dengan diri anda.

Cara mengayakan juga turut disediakan oleh saya.Diharapkan semua bersetuju dengan pendapat dan cadangan saya.

Comments (2) »

Profile Saya…..

Dikenali sbgai NURUL.

Tggl di KEDAH

Berumur 18 Tahun

Sebab memilih tajuk:KACA MATA kerana suka tangkap gambar dengan kaca mata…

Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada saya di: janatulamira@yahoo.com

Leave a comment »

KOLEKSI KACA MATA

Comments (1) »

Gaya Semasa Berkaca Mata


Gaya berkaca mata

Terdapat berbagai jenis dan warna di pasaran…

Kaca mata juga boleh jadi sebahagian fesyen. Awalnya orang pakai kaca mata untuk dapat penglihatan yang terang. Kini ada yang pakai agar orang lihat kita dengan terang. Inilah fesyen terbaru daripada rangkaian kedai kaca mata jenama Focus Point.

Lelaki segak berkaca mata.

Kaca mata sekarang boleh dipakai di mana-mana. Ke laut, ke pesta, bersantai, bersukan dan sebagainya masih boleh bergaya dengan kaca mata. Kalau nak tutup mata si pemalu, boleh pakai kaca mata hitam.

Fesyen kaca mata ini sesuai untuk ke majlis yang mahukan pakaian beragam atau pakaian fancy agaknya.

Model dan pelakon Mazin Amin Shiraj dengan aksi bertinju.

Gaya kelasi dan gaya santai.

Comments (1) »

Mengubah gaya berkaca mata

Kaca mata sofistikated untuk wajah berbeza


Trend memakai kaca mata hitam bukan sesuatu yang asing jika anda peminat fesyen. Bukan sahaja melindungi mata daripada pancaran sinar matahari, ia juga ibarat aksesori yang perlu ada khususnya untuk masyarakat di Barat menjelang musim panas dan luruh. Namun, pembeliannya bukan sekadar suka-suka tetapi perlu serasi dengan raut wajah anda.

Bagi peminat kaca mata hitam, gaya ini sebenarnya sesuai dengan iklim tropika negara yang dapat memelihara mata daripada sinaran ultraviolet (UV) dan infra merah (IR).

Penggunaan aksesori ini bukan sahaja terhad pada waktu siang, malah anda boleh meningkatkan penglihatan pada waktu malam.

Selain nampak bergaya, ia dapat meningkatkan kualiti penglihatan mata. Percaya atau tidak, dengan penggunaan kaca mata hitam pada siang hari dapat meningkatkan kadar penglihatan pada waktu malam. Namun, jangan pula memilih cermin mata hitam yang tidak secocok dengan penampilan dan tidak berkualiti yang mungkin menjejaskan penglihatan. Pilihlah kaca mata mengikut panduan yang betul.

Jika diperhatikan, trend kaca mata hitam kini berbentuk lebih besar dan tidak terikat dengan bentuk bulat. Fesyen ala tahun sekitar 1950-an hingga 1980-an antara gaya yang kembali semula.

Sempena pembukaan pusat optikal, Optical Gallery di aras Explore, Starhill Gallery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, menyaksikan paparan cermin mata jenama antarabangsa yang bukan sahaja ada stail tetapi lebih eksklusif.

Jenama seperti Dior, Bottega Veneta, Giorgio Armani, Alexander McQueen, Gucci, dan Marc By Marc Jacobs hadir dengan produk cermin mata terkini khusus untuk wanita dan lelaki.

Marc By Marc Jcobs, misalnya, hadir dengan koleksi era 1960-an yang tampak lebih glamor, menghasilkan pantulan yang bersinar dan rekaan asli pereka mengikut bentuk dan bermutu tingi.

Tidak ketinggalan, koleksi Gucci menghasilkan rekaan imej rock n roll yang lebih elegan dan seksi. Manakala koleksi cermin mata hitam untuk lelaki diilham daripada gaya tahun 1950-an.

Alexander McQueen juga tampil dengan rekaan cermin mata yang lebih kontemporari dengan rekaan yang inovatif di samping gabungan material yang berkualiti.

Seperti jenama lain, Giorgio Armani juga menampilkan gaya kaca mata hitam yang kontemporari, glamor dan memiliki tarikan retro.

Bagi tahun 2009, Bottega Veneta pula tampil dengan rekaan sofistikated dan luar biasa tanpa mengabaikan kualiti.

Mereka yang inginkan gaya yang lebih menggoda dan mewah, Dior menyediakan rekaan dengan gaya yang lebih feminin pada tahun ini.

Rangkaian jenama ini mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk merayakan Tahun Baru Cina. Selain terikat dengan pakaian tradisonal, ceongsam yang kini lahir dengan idea lebih kontemporari, kaca mata hitam boleh dijadikan aksesori tambahan yang lebih sofistikated dan elegan serasi dengan peredaran fesyen yang lebih global.

Sementara itu, mereka yang inginkan pilihan pakaian sambutan tahun baru yang lebih kontemporari, bolehlah singgah di Butik Shanghai Tang yang terletak di pusat membeli belah Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Koleksi yang membawa tuah ini lebih unik mengikut fesyen terkini.

Kesesuaian kaca mata hitam mengikut bentuk muka;

Bujur – Tulang pipi yang tinggi dan dagu yang sempit berbanding dahi yang lebih lebar. Kebanyakan rangka bingkai kaca mata hitam sesuai dengan bentuk muka ini.

Segi empat – Tulang pipi dan dagu yang luas serta bersudut empat. Rahang mulut juga nampak lebar. Bentuk muka ini digalakkan memakai kaca mata hitam yang tidak besar.

Bulat – Untuk mengurangkan wajah yang kelihatan bulat, pilih rangka bingkai kaca mata hitam yang bersudut atau lurus.

Berlian – Dahi yang kecil, bahagian tengah muka besar dan dagu yang sempit. Tulang pipi juga tinggi. Rangka bingkai kaca mata hitam perlu menyerlahkan mata yang besar dengan melebarkan dahi dan rahang mulut. Bentuk rangka kaca mata hitam yang bersudut, bujur, tanpa bingkai dan lurus di bahagian atas tetapi lekuk di bahagian bawah adalah amat sesuai. Empat segi panjang – Ukuran kelebaran bentuk muka ini nampak sama di bahagian dahi, pipi dan rahang mulut. Seseorang itu perlu memilih jenis rangka bingkai yang memendekkan wajah dan lebar supaya nampak seimbang. Rangka bingkai yang bulat dan bersudut amat sesuai dipadankan untuk melembutkan wajah.

Segitiga – Bentuk muka ini adalah yang terbaik bagi semua jenis rangka bingkai kaca mata hitam. Rangka bingkai jenis up swept cat eye adalah yang paling tepat untuk menimbulkan unsur keseimbangan.

Segitiga terbalik – Dahi yang lebar tetapi bentuk mulut dan dagu yang kecil. Pilih kaca mata hitam yang sama lebar dengan kelebaran dahi. Rangka yang tidak berbingkai juga sesuai. Bentuk rangka yang bulat dan bersudut adalah yang terbaik.

Leave a comment »

Lain Orang,Lain Citarasa…

  • Artis lebih bergaya dengan kaca mata.

*Machokan?

Comel kan??bayi pun menjadi model..

Leave a comment »

Memilih Kaca Mata

TIP MEMILIH KACA MATA YANG SESUAI

BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan kaca mata.

Namun, apabila bercakap tentang kaca mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan kaca  mata. Bagi mereka, memakai kaca mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana kaca mata sering dijadikan ‘efek helah’ untuk ‘menghodohkan’ wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa kaca mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan ‘bantuan penglihatan’ ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, kaca mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai kaca mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih kaca mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai kaca mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.

Kepala bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih kaca mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai kaca mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Kepala petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai kaca mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh ‘melembutkan’ sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk kaca mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih kaca mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu be

Kepala segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih kaca mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Kepala bentuk hati

Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk kaca mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih kaca mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai kaca mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih kaca mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa kaca mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai kaca mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya ‘berapa kuasa kaca mata anda?’

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan kaca mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian kaca mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Kaca mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

http://www.sharilrouth.com/ – notty by nature life

Leave a comment »